
Sulit
4 tahun
Im stress, no one can understand what i felt inside. im tired
hi, sorry for bothering you. can i asked why my family tak macam orang lain? kenapa dorg tak support i. i struggle study untuk banggakan parents i tapi kenapa semua mcm tak nampak usaha i. kenapa semua benda i buat asyik tak kena je dekat mata dorg. saya penat dr. saya rasa lebih baik saya mati daripada terus mcm ni. tahu nak cari salah i je, pernah ke dorg tanya i okay ke tak. selalu nampak buruk i je, i penatla dr. apa yg i buat skrg ni mcm 0 dekat mata dorg. i need their support but… my mental health always drop down. everyday.takpela, i doakan doakan dorg bahagia. hm, can i just die?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, penyakit kemurungan atau depression hanya boleh diketahui setelah anda membuat pemeriksaan dan ujian bersama dengan doktor pakar.
Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- Cerita keadaan sebenar dan masalah anda dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang boleh dipercayai dan memahami keadaan anda
- Jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- Jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- Mendapatkan rehat / tidur yang secukupnya
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.