
Sulit
4 tahun
Immuniti kelompok
Hai dokter,
Saya ada beberapa soalan yang ingin diketengahkan mengenai imuniti kelompok. Harapan saya dokter dapat memberi penjelasan atau pendapat seringkas mungkin.
Imuniti kelompok itu apa sebenarnya?
Memandangkan ada golongan anti-vaksin diluar sana, boleh ke kita mencapai imuniti kelompok?
Apakah varian baru akan memusnahkan imuniti kelompok yang telah dan akan dibina?
Terima kasih dokter

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
- Imuniti kelompok atau bahasa Inggeris-nya herd immunity merupakan suatu fenomena dimana majoriti penduduk (atau masyarakat) dari sesebuah komuniti mempunyai kekebalan terhadap sebuah patogen (kuman/virus/bakteria) yang menyebabkan sesuatu penyakit berjangkit (i.e. COVID19, Polio, Tetanus, dll).
Imuniti kelompok juga dapat melindungi golongan yang mempunyai imuniti yang lemah seperti
- golongan warga emas
- individu berpenyakit kronik
- kanak-kanak & bayi kecil
Serta menghentikan penyebaran penyakit berjangkit. Namun hal-hal tersebut hanya dapat berlaku apabila kita berada & tinggal di kalangan masyaraka yang kebal & terimunisasi.
Berdasarkan kajian semasa, pembentukan imuniti kelompok memerlukan tahap kekebalan masyarakat sebanyak 50% sehingga 90% dari keseluruhan bilangan penduduk. Ini bermakna ia sangat bergantung kepada kadar kebolehjangkitan sesebuah penyakit. Khusus untuk wabak COVID19, data yang lebih banyak diperlukan sebelum kita dapat menyimpulkan apa-apa kesimpulan. Justeru diharapkan semua warga masyarakat dapat memberi kerjasama untuk meningkatkan kadar kekebalan setinggi mungkin bagi menghasilkan imuniti kelompok COVID-19 ini.
Menurut pakar perubatan, variasi virus yang berlaku hanya melibatkan perubahan yang kecil dari kod genetik coronavirus, sehingga ianya tidak signifikan. Maka vaksin yang telah dihasilkan setakat ini mampu memberi perlindungan & imuniti kelompok yang sewajarnya.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini