
Sulit
3 tahun
Impkasi vaksin covid-19 terhadap pengidap asma
Saya 37 tahun dan dan mengidap asma sejak 16 tahun yang lalu dan mempunyai temu janji dihospital antara 3 dan 6 bulan mengikut keadaan asma saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terhadap kesan-kesan sampingan vaksin COVID-19 terhadap anda kerana anda merupakan penghidap penyakit asma. Kami akan membantu anda mengenai masalah yang dialami.
Untuk pengetahuan anda, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diambil oleh pesakit asma. Pengambilannya amatlah digalakkan kerana pesakit asma boleh mendapat serangan asma yang teruk sekiranya dijangkiti COVID-19. Dan vaksin COVID-19 inilah melindungi mereka daripada mendapat komplikasi COVID-19 dan juga serangan asma yang teruk.
Tetapi sekiranya anda mempunyai sejarah alahan terhadap ubat-ubatan atau vaksin yang pernah diambil sebelum ini, kami galakkan anda untuk membuat pemeriksaan pravaksinasi terlebih dahulu.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai persoalan anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini