Sulit
2 tahun
Implanon dan datang haid
Saya telah memasang implanon pada 17/3/2021 pada hari ke6 period. Mengikut bacaan saya, kitaran haid akan menjadi tidak teratur. Tetapi kitaran haid saya teratur seperti biasa. Cuma berubah daripada 5 hari kepada 10 hari. Adakah ini menunjukkan implanon tersebut sesuai dengan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda implan hormon mempunyai kesan-kesan sampingan seperti:
- perubahan pada kitaran haid seperti, haid tidak datang, haid bepanjangan, haid lewat atau haid berlebihan.
- sakit pada bahagian perut dan belakang badan
- pening dan sakit kepala
- libido berkurang
- cepat marah dan kemurungan
- loya
- sakit pada payudara
- kering pada bahagian faraj
- naik berat badan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!