Sulit
3 tahun
Imunisasi Bayi berumur 2 bulan
Bayi saya lahir pada 22/10/2020. Pada temujanji pertama dengan klinik kesihatan, dimaklumkan bahawa tiada suntikan vaksinasi untuk bayi sebulan iaitu suntikan hep b dos kedua kerana vaksin baru telah dilengkapi dengan suntikan hep b untuk imunisasi 2 bulan. Ketika bayi berusia 2 bulan, saya bawa bayi untuk suntikan imunisasi di klinik swasta kerana kekangan waktu bekerja. saya telah memaklumkan kepada Doktor bertugas bahawa anak tidak mendapat suntikan semasa dia berumur 1 bulan. tetapi doktor hanya memberi vaksin lama yang tidak mengandungi hep b. Jadi bagaimana dengan suntikan hep b dos kedua bayi saya? Adakah boleh dan tidak mudarat untuk saya ambil hep b dos kedua untuk anak saya ketika ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, anda perlu berjumpa dan berbincang dengan doktor atau jururawat yang memberikan suntikan kepada anak anda kerana terdapat jadual imunisasi baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
Terdapat sedikit perubahan pada jadual imunisasi dan doktor atau pengamal perubatan perlu mengikut garis panduan yang baru seperti yang diarahkan oleh pihak kementerian.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan anda. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.