
Sulit
4 tahun
INCOMPLETE ABORTION - Pregnancy anemia test new
Assalammualaikum & slamat sejahtera doktor , terima kasih diatas jawapan yang telah djwb doktor slama ini, maaf doktor, based on jwpn doktor sblm ini . jadi isteri saya mcm mana ya nk rawat benda ‘terdapat sisa plasenta atau janin yang masih melekat pada rahim’ ? ada kesan sampingan ke? apa patut saya lakukan ya? brp kos rawatan? maksudnya isteri saya tidak mengandung ke? harap doktor dpt membantu saya

4 tahun
Waalaikumsalam dan salam sejatera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui persoalan di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, janin telah pun meninggal dan rawatan yang dilakukan ialah untuk mengeluarkan sisa plasenta dan janin daripada rahim. Antara rawatan untuk incomplete abortion ialah:
- prosedur pembedahan yang dinamakan dilatation and curettage (D&C)
- ubat misoprostol
Ketika dilatation & curettage, doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim dan akan membuat curettage (cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran. Prosedur ini dilakukan jika ibu yang keguguran tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat pendarahan yang banyak atau jangkitan. Antara risiko yang boleh berlaku ialah:
- pendarahan
- luka pada pangkal rahim
- jangkitan
- rahim berlubang
- parut pada rahim
Misoprostol ialah ubat untuk mengecutkan rahim untuk mengeluarkan sisa plasenta dan janin. Antara kesan sampingan ubat ini ialah:
- loya dan muntah
- demam
- cirit birit
Rahim seorang wanita akan mengecut dan kembali pada saiz yang normal 2-4 minggu selepas keguguran. Rawatan yang saya jelaskan adalah untuk wanita yang tidak ingin menunggu janin keluar secara spontan. Saya nasihatkan encik dan isteri berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat dan langkah seterusnya dalam hal ini. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.