
iffakamalludin19
5 tahun
Infection org dewasa
Salam, saya baru lepas jalani operation ectopic, dh discharge dari hospital lebih kurang 1 mggu lebih, pada hari ke 5 lepas lepas bedah saya keluar bersama dgn anak2 tiri saya, dn menghantar mereka semula pada waktu petang, dimaklumkan oleh mak mertua saya bahawa ank yg paling kecil tiba2 muntah Dan demam, bawa ke clinic Dan ambil ubat, Dan skrg berada di hospital kerana blood test results is infection menjangkit daripada org dewasa, adakah saya penyebab anak tiri saya mengalami sedemikian, tapi anak sy lagi 2 org berada dlm keadaan yg sihat… Adakah pesakit yg baru lepas operate Dan discharge dari hospital senang menyebar virus ke org lain?
Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan boleh dihidapi di mana-mana tempatnya dan hospital merupakan tempat yang terdapat banyak kuman. Kanak-kanak terutamanya yang lebih mudah dijangkiti kerana sistem imun mereka masih lemah lagi. Oleh itu, anak anda boleh mendapat jangkitan daripada mana-mana tempat, bukan semestinya daripada anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.