
dillaong22
5 tahun
Infeksi bakteri vagina
Hi doc sy umur 28thn…doc sy nak tanya kalau terkena bakteri vagina apa cara rawatan yg sesuai?boleh kah jika sy guna ubat insert sahaja atau kena makan antibiotik sekali?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengubatan untuk jangkitan vagina adalah tergantung kepada organisma penyebabnya. Selain itu, ubatan tersebut memerlukan preskripsi doktor
Seandainya gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan menganggu kondisi kemaluan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.