Sulit
4 tahun
Ingin berhenti air ketum
Saya ikhwan umur 25,saya sukar untuk tidur malam dan juga badan merasakan ada haba yang panas di dalam badan, tak lalu makan,tak larat untuk membuat kerja…
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, kami memahami anda mempunyai keinginan untuk berhenti minum air ketum. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan air ketum adalah:
- Menyebabkan rasa khayal (euforia)
- Rasa pening
- Mengantuk
- Muntah
- Mengakibatkan ketagihan
- Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
- Kulit menjadi kering
- Sembelit
- Insomnia (gangguan tidur)
- Menyalahi undang-undang
Namun jika tidak berhenti digunakan, komplikasi yang lebih teruk boleh berlaku seperti:
- Masalah pada kesihatan mental
- Sindrom penarikan akan lebih teruk apabila ingin berhenti
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri



























