Jamil

5 tahun

Ingin bertanya mengenai kurap

Saya mahu bertanya mengenai penyakit kurap

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera.

Kurap, atau ringworm, merupakan salah satu penyakit kulit yang paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum. Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.

Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya. Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki. Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius. Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.

Kurap biasanya dirawat dengan penggunaan ubat sapu antikulat atau antifungal. Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.

Untuk mencegah kurap, elakkan bahagian kulit yang lembap. Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh dan mandikan badan dengan bersih. Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap. Jika anda telah menerima rawatan untuk kurap, pastikan anda menggunakan krim atau ubat tersebut seperti yang telah disyorkan oleh doktor.

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.

Tinea corporis atau kurap ialah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai dermatophyte. Terdapat tiga jenis dermatophyte yang menyebabkan kurap iaitu Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton. Kulat-kulat ini bukan sahaja menjangkiti kulit tetapi juga menjangkiti kuku dan rambut. Jangkitan berlaku melalui sentuhan, sama ada dengan manusia, haiwan yang berkurap atau dengan sebarang objek yang mempunyai kulat di atasnya.

Risiko untuk mendapat jangkitan kulat ini ialah keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabric yang tidak menyerap peluh, atau cuaca yang panas dan lembap. Hal ini akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan kurap.
Tanda-tanda jangkitan kurap di kulit ialah:
• Plak kemerah-merahan yang bersisik
• Bintik-bintik merah
• Bisul-bisul halus
• Gelang kemerah-merahan

Kurap boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh termasuk lipatan badan dan kawasan-kawasan yang sering berpeluh seperti punggung, paha, perut dan sebagainya.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)