
syamimimakhetar
5 tahun
Ingin bertanya tentang kekeliruan yang sedang saya alami sekarang
Saya wanita dalam lingkungan 20 an dan saya tiada menunjukkan apa-apa simptom Covid- 19. Cuma beberapa minggu yg lepas saya telah berhubung dengan seseorang yang kemungkinan dijangkiti Covid-19. Beliau telah bertemu dengan ayahnya pada 1 Mac dan ayahnya sah telah positif Covid-19. Pada 2 mac saya telah bertemu dengan beliau dan hampir setiap hari saya bertemu dgn beliau untuk sesi latihan persembahan. Namun, beliau telah menjalani test dan keputusannya adalah negatif. Tetapi saya masih ragu-ragu sama ada perlu ke saya pergi menjalani ujian walaupun saya tidak menunjukkan apa-apa simptom ? Atau saya hanya perlu kuarantinkan diri selama beberapa hari. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Untuk makluman anda, rakan anda perlu kuarantin dalam masa 14 hari selepas ujian saringan walaupun negatif. Maka, tindakannya untuk berjumpa dengan anda ialah tidak betul. Keperluan ujian saringan adalah bergantung kepada risiko jangkitan COVID-19. Untuk mengetahui risiko anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain itu, anda harus memantau gejala COVID19. Memandangkan rakan anda negatif, tiada keperluan bagi anda untuk mengkuarantinkan diri. Pantau gejala COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Bagi info lanjut, sila rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini