
Sulit
4 tahun
Ingin bertanya tentang masalah kulit Dan apakah cra mengatasinyaa
Assalamualaikum dr. Saya nak bertanya, Saya ada pakai body wash dan sekarang rasa kesat. Tangan saya macam panas, kebas2 macam tu. Apa puncanya dan cara untuk mengatasinya .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- Jangkitan kulat
- Alahan (dermatitis)
- Masalah kulit kering
- jangkitan kayap
- masalah saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.