Sulit
4 tahun
Ingin bertanya tentang pil postinor
Hai doc, saya ingin bertanya,hari ini saya telah mengambil pil postinor selepas bersama,soalan saya…bolehkah saya bersama lagi dengan suami pada keesokan hari tanpa mengambil postinor, ataupun saya perlu ambil lagi pil tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil perancang kecemasan tidak boleh digunakan sebagai pil perancang biasa. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
- muntah dan loya
- kitaran haid yang terganggu
Jika anda ingin merancang kehamilan, pihak kami menyarankan anda mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan keluarga yang lebih efektif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.