
zunnurayien90
4 tahun
Ingin bertemu anak kecil yang baru keluar dari pusat kuarantin covid 19
Saya ibu kepada anak berumur 2 tahun. Kerana faktor kerja, anak saya masih dalam jagaan keluarga di kampung. Baru-baru ini, anak saya dijangkiti wabak Covid19. Anak saya telah ditahan dipusat kuarantin slama 10 hari. Dan kemudian di arahkan untuk berkuarantin di rumah selama 2 minggu lagi. Dalam tempoh kuarantin ini, anak sy kelihatan sudah sihat sepenuhnya… saya sangat merindui anak dan ingin berjumpa dengannya secepat mungkin sebelum saya diarah balik ke stesen tempat kerja. SOALAN SAYA: adakah saya selamat untuk saya bertemu dan menjaga ank saya dalam tempoh dia masih memakai gelang merah jambu (kuarantin di rumah)??? Saya sudah tiada masa untuk bertemu dengannya jika mula dipanggil bekerja tidak lama lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Saya sangat memahami perasaan anda untuk berjumpa dengan anak anda. Namun begitu saya menasihatkan anda untuk mematuhi arahan daripada pihak berwajib. Hal ini kerana kemungkinan anak anda masih membawa virus tersebut dan boleh menjangkiti anda dan orang lain. Tempoh dua minggu tersebut adalah untuk merawat anak anda supaya semua virus tidak lagi menjangkiti orang sekeliling, dan selepasa dua minggu biasanya ujian swab akan dilakukan sekali lagi bagi betul betul memastikan anak anda pulih.
Saya berharap anda bersabar dengan apa yang berlaku. Penting untuk anda mengasingkan diri daripada anak anda supaya rantaian COVID19 boleh kita putuskan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini