
Sulit
3 tahun
Ingin dapatkan rawatan buka kembali ikatan peranakan
Saya ingin hamil lg untuk second marriage but sy pnh lakukan btl sebelum ini…di manakah saya bole dapatkn rawatan untuk buka semula ikatan peranakan saya…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Oleh kerana prosedur mengikat fallopian ini adalah kaedah ‘pemandulan’ yang kekal, kebarangkalian wanita untuk hamil terlalu rendah.
Namun begitu, jika puan mengharapkan kehamilan semula, terdapat beberapa keaedah iaitu:
- menyambung semula fallopian (reversed tubectomy) jika telah dipotong
- membuka semula ikatan BTL sekiranya hanya di ikat
- membuat prosedur IVF (bayi tabung uji)
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Kami mencadangkan agar puan berjumpa dengan pakar sakit puan yang telah melakukan pembedahan mengikat saluran fallopian ini dan berbincang dengan baik dengan beliau.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih