
ntshaaa5
5 tahun
Ingin hamil anak kedua
saya wanita berusia 28 tahun. ingin hamil anak kedua, apa tips dan cara supaya cepat hamil? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk hamil, anda perlu tahu bilakah waktu subur anda. Ini kerana semasa waktu subur, telur anda ada untuk disenyawakan oleh sperma. Sekiranya haid anda teratur iaitu kitaran setiap 28-30 hari, maka waktu subur anda akan berada sekitar hari ke 13-15 dari hari pertama anda datang haid.
Pada waktu ini, jika anda melakukan hubungan kelamin bersama suami, peratus untuk anda mengandung adalah tinggi. Terdapat juga makanan yang memudahkan anda hamil. Sila klik pada link tersebut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.