
snorafida
5 tahun
Ingin Hamil selepas keguguran
saya berusia 32tahun, saya mengalami keguguran pada awal bulan mac. bolehkah saya mengandung lagi dalam masa terdekat ni dan ada apa-apa ubat kah yang perlu saya ambil untuk menguatkan rahim. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, kesuburan kebiasaannya akan kembali selepas 2 minggu keguguran berlaku. Maka anda boleh mengandung selepas tempoh tersebut
Selain itu, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai ubat untuk menguatkan rahim kerana setakat yang saya tahu, tiada ubat yang terdapat di hospital bagi tujuan tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.