Sulit
4 tahun
Ingin kepastian jenis oku yang kakak saya hidapi
Saya mempunyai kakak yang OKU tapi tidak pernah berdaftar atau menjalani pemeriksaan kerana orang tua buta huruf dan arwah ayah tidak berapa percaya pada perubatan moden. KAKAK SAYA SEKARANG SUDAH BERUSIA LEBIH 40 TAHUN… TIDAK PERNAH PERIOD MALAHAN SEKARANG MASIH GIGI SUSU, TIDAK PERNAH BERTUKAR GIGI. WALAUPUN DIA AGAK BERISI TAPI FIZIKAL SEPERTI BUDAK 12 TAHUN YANG BERSAIZ BESAR DAN OBES… PEMIKIRAN DIA PULA SEPERTI KANAK-KANAK TADIKA… puas saya cari ini jenis syndrome apa tapi tidak jumpa… sebenarnye apa masalah kesihatan kakak saya ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Maklumat yang diberikan oleh anda mengenai kondisi kakak anda tidak cukup untuk kami membentuk diagnosis yang tepat. Kami memerlukan sejarah kesihatan yang lengkap bersertakan pemeriksaan fizikal dan ujian tambahan untuk menyimpul kondisi kakak anda.
Oleh itu, kami amat menyarankan anda untuk merujuk kakak anda kepada doktor perubatan supaya dapat mengenal pasti masalah kakak anda. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





























