
Sulit
4 tahun
Ingin membuat swab test tetapi bimbang akan demam kerana tumbuh gigi
Jika saya demam disebabkan nak tumbuh gigi, adakah ianya akan effect keputusan swab test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ujian swab.
Untuk makluman anda, ujian swab adalah untuk mengesan virus corona yang terdapat dalam badan. Sekiranya anda demam kerana tumbuh gigi, tidak semestinya anda membawa virus corona dan ia tidak akan mempengaruhi keputusan ujian swab.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini