
Sulit
4 tahun
Ingin mencari mana-mana hospital yang memberi khidmat perancangan kehamilan secara mengikat peranakan
Saya wanita berusia 46 tahun, mempunyai masalah kesihatan kencing manis dan darah tinggi. Sudah mendapat rawatan untuk kedua-dua masalah tetapi belum fully dapat control kandungan gula. Saya masih lagi period dan datang setiap bulan secara tetap. Oleh itu saya merancang untuk membuat prosedur BTL atau ikat peranakan. Di mana boleh saya cari mana-mana hospital yang menyediakan perkhidmatan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman anda, prosedur pembedahan tersebut dilakukan doktor pakar sakit puan di hospital terpilih. Untuk info selanjutnya, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Terima kasih