Anonymous
4 tahun
Ingin mengandung lagi
Sy wanita 35tahun…sy suda BTL, pada umur 30tahun.,atas rela,kerna takut menghadapi menunggu bukaan…tetapi bila anak bongsu sy suda berumur masuk 6 tahun…seringkali mau adik…dan saya sendiri rindu punya anak kecil lagi…ada kah cara sy bole mengandung lagi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Oleh kerana prosedur mengikat fallopian ini adalah kaeadah ‘pemandulan’ yang kekal, kebarangkalian wanita untuk hamil terlalu rendah.
Namun begitu, jika puan mengharapkan kehamilan semula, terdapat beberapa keaedah iaitu:
- menyambung semula fallopian (reversed tubectomy) jikat telah dipotong
- membuka semula ikatan BTL sekiranya hanya di ikat
- membuat prosedur IVF (bayi tabung uji)
Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan pakar sakit puan yang telah melakukan pembedahan mengikat saluran fallopian ini dan berbincang dengan baik dengan beliau.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih