
hafidz.halim
4 tahun
Ingin mengetahui punca kesakitan pada tapak kaki hingga ke lutut. Ini akan berlaku ketika baru bangun tidur dan atau apabila duduk terlampau lama)
Saya lelaki berumur 49 thn dan juga pengidap diabetes 10 thn yg lepas. Masalah kesihatan saya ialah kerap mengalami kesakitan dibahagian tapak kaki hingga ke bahagian betis dan lutut. Ini kerap berlaku apabila bangun tidur dan atau selepas duduk lama di kerusi. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan serta gejala yang sedang anda alami sekarang yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, sacara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah saraf akibat dari penyakit kencing manis
Masalah tulang belakang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terdapat pelbagai kemungkinan lain bagi masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.