
Sulit
5 tahun
Ingin menggugurkan kandungan menggunakan pil
Hi,
Saya berusia 40 tahun. Telah melahirkan 5 orang cahaya mata secara normal. Tidak pernah ada komplikasi, darah tinggi, diabetes dan sebagainya. Hb semasa hamil pun ok. Sekitar 10 - 12. Kesihatan sekarang pun ok.
Anak kelima dilahirkan pada 2016. Saya ingin menggugurkan kandungan yang sekarang berusia 5 minggu (Hari pertama haid terakhir adalah pada 25 Oktober 2019).
Adakah selamat untuk saya mengambil pil Cytotec dan Cytolog?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut. Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.