
Sulit
4 tahun
Ingin penjelasan yang lebih lanjut
doktor saya nak tanya kenapa saya rasa perut memulas , badan rasa panas , kerana 4 hari yang lepas bibir saya terkena air mazi , semasa bibir saya terkena air mazi , air mani belum keluar lagi , tetapi saya dah lap air mazi tesebut pada kain yang kering . air mazi tersebut tidak pasti mengandungi air mani atau tidak . saya kuatir saya tertelan sisa sisa air mazi dan air mani . saya tidak membuat hubungan seksual , hanya bibir saya sahaja terkena air mazi , ( tetapi saya dah lap pada kain yang kering ) . adakah ini tanda tanda saya hamil ? harap doktor boleh memberi penjelasan .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, kehamilan boleh berlaku hanya jika terdapat penetrasi ke dalam faraj yang disertakan dengan ejakulasi. Masalah perut memulas dapat terjadi akibat beberapa perkara, seperti:
- gastritis
- penyakit keradangan pelvis
- akibat pengambilan suntikan perancang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.