
papyrayyan
5 tahun
Ingin tahu dan apa yang perlu saya lakukan
saya tiada rekod perhalanan kemana-mana… saya riada kontak dengan pembawa… tp 4 -5 hari lepas rsa pening dan kadang rasa sakit kepala… hari ni masih rasa pening… dan petang tadi sampai sekarang ni kadang rasa mual… kadang kadang ada rasa nak muntah…apa yang perlu saya lakukan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sel darah merah rendah kerana pendarahan dalaman yang menyebabkan najis berwarna hitam
- tekanan darah rendah
- vertigo disebabkan jangkitan telinga, BPPV, Menieres syndrome
- kandungan gula dalam darah rendah
- dehidrasi kerana cuaca panas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.