ashiqinh93
5 tahun
Ingin tahu tentang Abdomen Aorta Aneurysm
Saya wanita berusia 27tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai anak. Saya mengalami sakit perut melebihi sebulan dan semalam saya pergi mengurut. Tukang urut beritahu ada benjolan di perut dan dia suggest supaya saya pergi scan di klinik… Sebentar tadi saya scan perut dan doctor memberitahu saya mempunyai Aorta Aneurysm dan meminta saya jangan sesekali mengurut perut lagi selepas ini. Soalan saya adakah penyakit ini berbahaya? Adakah ianya sesuatu yang normal? Saya ingin tahu lebih tentang penyakit ini. Adakah berbahaya jika saya mengandung?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, risiko untuk menghidapi aorta aneurysm atau benjolan salur darah aorta di bahagian abdomen boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit darah tinggi tidak terkawal
- Individu sudah berusia lanjut
- Merokok
- Penyakit Sindrom Marfan
- Penyakit Sindrom Ehler Danlos
Anda disarankan untuk mengikuti nasihat doktor yang anda telah jumpa dan juga melakukan pemeriksaan berkala selepas ini di klinik/hospital tentang penyakit aorta aneurysm (benjolan pada salur darah aorta).
Kebanyakan pesakit tidak mempunyai apa-apa simptom jika menghidapi penyakit ini.
Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada sekiranya anda menghidapi simptom berikut:
- Sakit mengejut di bahagian perut atau belakang
- Berasa hendak pitam atau sudah pitam
Simptom-simptom yang telah saya sebutkan merujuk kepada benjolan salur darah aorta yang hendak atau telah pecah di mana risiko kematian boleh meningkat sekiranya tidak dirujuk kepada doktor dengan kadar segera.
Hal ini untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























