Anonymous

5 tahun

Ingin tahu tentang HPV

apakah umur yang paling sesuai untuk saya dapatkan suntikan HPV? mana boleh dapat free?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Jangkitan HPV pada alat kelamin ditularkan melalui sentuhan kulit secara langsung ketika hubungan seksual. Vaksin HPV adalah paling berkesan apabila ia diberikan sebelum seseorang terdedah kepada HPV iaitu sebelum seseorang memulakan hubungan seksual. WHO (World Health Organisation) mengesyorkan bahawa vaksin ini diberikan seawal mungkin bermula umur 9 tahun dan adalah sesuai bagi wanita sehingga 26 tahun yang masih belum diberikan vaksin atau belum selesai suntikan vaksin HPV.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah memulakan program imunisasi HPV secara percuma pada tahun 2010 bagi semua gadis Tingkatan Satu dan mereka yang berusia 13 tahun. Sekiranya anda sudah melepasi umur ini dan tidak sempat mendapatkan vaksin ini semasa program ini dimulakan, anda masih boleh mendapatkan vaksin ini secara percuma di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara sekiranya anda memenuhi kriteria-kriteria (tahun 2019) tersebut:

  • Wanita warganegara Malaysia / Penduduk tetap
  • Lahir pada tahun 1992-1996
  • Wanita yang masih belum berkahwin
  • Tidak hamil
  • Tidak mengalami alahan (terhadap vaksin) yang perlu dirawat di hospital

Dr Ilias,

5 tahun

HPV merupakan sejenis virus yang meningkatkan risiko untuk menghidap:

  • Ketuat
  • Jangkitan kelamin
  • Barah pangkal rahim (cervical cancer)

HPV jenis 6 dan 8 menyebabkan ketuat manakala HPV jenis 16 dan 18 meningkatkan risiko untuk menghidap barah pangkal rahim.

Vaksin HPV merupakan vaksin yang berfungsi untuk mencegah jangkitan HPV. Kebanyakan vaksin HPV di pasaran sekarang berupaya mencegah jangkitan HPV jenis 6, 8, 16 dan 18 iaitu jenis-jenis HPV yang paling biasa di Malaysia.

Di Malaysia, vaksin HPV akan diberikan secara percuma kepada semua pelajar perempuan berumur 13 tahun atau di Tingkatan Satu. Bagi warga wanita yang belum memperoleh vaksinasi ini, vaksin HPV boleh diperoleh secara percuma di Klinik Nur Sejahtera LPPKN.

Vaksin HPV adalah paling berkesan bagi semua wanita yang belum pernah menjalinkan hubungan kelamin. Secara amnya, usia yang paling baik untuk mengambil vaksin ini ialah pada usia remaja tetapi wanita yang telah berkahwin tetap boleh mengambil vaksin ini untuk mencegah jangkitan HPV.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)