
Sulit
4 tahun
Ingin tahu usia kandungan selepas keguguran
Hai saya berusia 26 tahun. Pada 23/10/2020 sy mengalami keguguran, ketika itu kandungan 7 minggu. Pada hari ke 10 janin yg tidak sempurna itu keluar. Harini 21/12/2020 saya masih belum datang period. Sedangkan Doktor memberitahu 2 atau 3 minggu selepas berlaku keguguran, haid akan datang.
Saya terdetik utk test melalui UPT pada 21/12/2020 dan result adalah positif. Double line juga terang dan bukan samar-samar. Jadi, macamana saya ingin tahu usia kandungan saya, sedangkan saya punya period time dah berganjak dari kebiasaan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk menjawab persoalan anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai kenyataan anda berkenaan haid yang berganjak dari kebiasaan dan juga beberapa maklumat lain.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda masih ragu-ragu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan pengesahan daripada doktor sama ada anda untuk mengandung ataupun tidak. Selain dari itu, anda juga boleh menggunakan kalkulator kehamilan untuk mengira usia kandungan anda.
Sekiranya anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.