
Sulit
3 tahun
Ingin tanya boleh tak abortion dilakukan di hospital
Hi Dr. saya ingin tanya boleh tak abortion dilakukan di hospital kerajaan? Atas sebab semasa hamil tardapat vesikel leher besar dan tak inginkan kandung ini. Sekarang kandungan baru sebulan lebih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Soalan puan adalah mengenai bolehkah pengguguran kandungan dilakukan di hospital kerajaan. Kami akan cuba memberi keterangan kepada puan.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sewaktu kehamilan dan tidak bersedia dengan kehamilan tersebut. Walaupun begitu, menurut undang-udang, seseorang tidak dibenarkan untuk menggugurkan anak melainkan sebab-sebab tertentu contohnya masalah kesihatan yang mengancam nyawa ibu.
Puan disarankan untuk merujuk masalah vesikel di leher dan berbincang dengan doktor mengenainya serta tentang kandungan puan.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat dan sokongan bagi kehamilan anda. Anda boleh hubungi kami di atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut secara peribadi.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.