
Sulit
5 tahun
Inguinal hernia, najis berwarna hitam
saya baru lepas operate inguinal hernia pada bulan feb. mengikut laporan, saya disahkan menghadapi femoral hernia namun selepas pembedahan dijalankan, saya rupanya mengalami inguinal hernia. kadang2 terasa sakit di kawasan dlm tempat pembedahan. sejak dua hari ini, saya membuang air besar berwarna hitam. haruskah saya berjumpa doktor & adakah inisiatif lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- pendarahan pada perut
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti iron
- pendarahan pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.