
Anonymous
5 tahun
Injection depo selepas bersalin
Saya bersalin emergency ceaser pd 30.3.2019.baby prem 28w 6d. Saya amik injection depo pada 2.4.2019 sebelum discharge drpd hospital. Dan sampai sekarang masih keluar darah.adakah ini kesan drpd injection depo tersebut? Sampai bila kesan ini boleh hilang? Saya tak dapat beza darah yg keluar tu darah haid atau sebaliknya.mohon pencerahan drpd doktor.terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda . Kemungkinan besar anda mengalami hal ini boleh dikaitkan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan tentang tahap kesihatan anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.