sejati.wahyu
6 tahun
Injection perancang 3 bulan
Pagi saya melakukan injection perancang. Dan malam nya saya makan buah durian,apakah ini akan berpengaruh pada ubat yg di inject pada saya pagi tadi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya, belum ada kajian yang menunjukkan terdapatnya interaksi diantara durian dengan ubat tersebut. Justeru, belum ada kata putus tentang kebaikan mahupun keburukan suntikan ini serta interaksinya dengan durian.
Untuk mendapat penerangan lanjut masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































