Sulit

3 tahun

Insomnia anxiety depress

Hi. Saya wanita berumur 22 tahun dan masih belajar di peringkat degree di sebuah universiti tertentu. Saya memgalami kesukaran untuk tidur, ianya berlaku semenjak sy di sekolah menengah, dan saya pernah di panggil oleh guru kaunseling untuk menangani masalah sukar tidur. Semenjak kebelakangan ini saya perasan masalah tidur saya semakin teruk. Saya pernah tidak tidur selama 2 hari oleh kerana ingin menukar jadual tidur yg normal. Saya juga selalu berkurung di dalam bilik dan tidak mahu berhadapan dengan sesiapa. Perasaan sedih selalu menyelubungi saya dan selalu menangis tanpa sebab. Selera makan saya juga berkurang. Walaupun begitu sy tetap paksa diri untuk makan walaupun sekali sehari. Tangan saya juga sering menggigil dan menggeletar sehingga saya tak mampu mengangkat 1 cawan. Mulanya hanya tangan kiri saya shj menggeletar. Saya anggap itu kerana tangan kiri saya mengalami contact dermatitis. Lama kelamaan tangan kanan saya pula menggeletar kuat. Saya juga hilang minat terhadap sesuatu perkara yg saya benar benar suka. Saya juga sering bercakap sendirian seolah olah saya bercakap dengan seseorang walaupun sebenarnya ianya tidak wujud. Kadang kadang saya rasa seperti ingin mengamuk dan marah tak tentu pasal kepada sesiapa yg bercakap dengan saya termasuk ahli keluarga sy. Saya bukanlah seorang hot temper. Dan saya selalu stress dan cepat giveup apa bila membuat assignment. Sehingga rasa diri tak berguna apabila saya tidak dapat memenuhi kehendak assignment. Sehingga saya rasa ingin berhenti belajar. Dan akhir sekali ada ketika saya rasa seperti tiada perasaan. Kosong. Lemah. Rasa ingin tidur dan tidak mahu bangun langsung. Tetapi sy bersyukur saya masih lagi berfikiran jauh ketika ingin melakukan perkara bodoh seperti mencederakan diri.

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang dihadapi.

Gangguan emosi dan depresi boleh disebabkan oleh faktor pesekitaran anda yang menyumbang terhadap tekanan yang dialami. Kemungkinan apa yang anda alami mungkin salah satu penyakit mental yang boleh disebabkan oleh perubahan personaliti yang boleh berpunca daripada kecederaan, jangkitan kuman atau keradangan pada otak.

Namun, kemungkinan besar masalah depressi dan panas baran boleh disebabkan oleh sebab-sebab seperti:

  • Perasaan stress dengan sekolah anda
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Menerima tanggungjawab yang berat
  • Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
  • Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
  • Kurang rehat ataupun tidur.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .

Say sarankan anda mengambil langkah-langkah yang berikut bagi menangani masalah ini iaitu:

  • Meluangkan masa dengan orang yang memahami. Amalkan pergaulan yang sihat dan positif serta meluahkan perasaan dengan beberapa orang yang sesuai.
  • Amalkan senaman yang seimbang bagi meningkatkan keyakinan diri.
  • Amalkan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan daripada kemurungan anda menjejaskan kesihatan umum anda.
  • Cukupkan waktu tidur dan rehat. Rehat yang mencukupi dapat memberikan kesegaran terhadap minda anda serta menjadi berfikiran lebih positif.
  • Memulakan hobi baru bagi menghindari pekara yang negatif, serta mengalihkan perhatian anda terhadap emosi-emosi yang terganggu dan tidak menyenangkan.
  • Dapatkan nasihat kaunseling dari pihak kaunseling yang tertentu bagi membantu anda untuk menangani gejala stres anda.
  • Perlahan-lahan untuk meluahkan perasaan ini terhadap keluarga anda, kerana mereka lagi akan memahami atas situasi anda. Jika mereka memberi tindakbalas yang negatif, sila menghubungi talian pihak kecemasan yang tertentu.

Anda juga boleh berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mengetahui keadaan sebenar dan mendapatkan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

image_1-1%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)