
revonna_
4 tahun
Iron deficiency anemia
Selamat petang.saya telah menjalankan satu ujian iron study untuk iron deficiency anemia dan result menunjukan ferittin 4.9 ng/ml…adakah keputusan saya normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tahap zarah besi dalam darah anda perlu dirujuk kepada nilai normal dan unit yang makmal anda gunakan. Hal ini kerana tahap zarah besi yang normal sedikit berbeza dari seseorang ke seseorang berdasarkan faktor jantina, umur dan unit bacaan yang digunakan makmal. Oleh itu, bacaan penuh keputusan makmal serta sejarah kesihatan perlu diketahui bagi memberikan gambaran penuh akan keadaan yang anda alami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.