
Sulit
3 tahun
Irregular Period Selepas Berkahwin
Hi doc. Sy telah berkahwin hampir setahun tp masih belum dikurniakan zuriat. Sy ada pergi check up di klinik. Rahim sy okay, no fibroid and cyst. Tp sejak berkahwin, period sy jadi tak regular. Kdg sampai dua bulan tak period. Memandangkan sy dah hampir setahun berkahwin, sy berasa risau dengan kesuburan sy. Apa yg perlu sy buat doc? Apa treatment yg perlu sy jalani dengan masalah yg sy hadapi? Bulan lepas sy ada makan pil hormon setelah 2 bulan sy tak period. Tapi bulan ni sy dah lewat seminggu. Hasil upt negative. Sy buntu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur selepas mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan cahaya mata. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang begini juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.