Anonymous
6 tahun
Irritable bowel syndrom
Saya wanita 20-an dan sejak 2 minggu terakhir saya sering merasakan sakit perut(seperti period pain), susah membuang air besar,sering pitam, dan selera makan bekurang badan saya juga lemah. Adakah itu IBS??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Gastritis
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Pancreatitis
- Ulser perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Angina (aliran darah ke jantung berkurangan)
- Cholestitis (keradangan di hempedu)
Namun tanda-tanda penyakit Irritable Bowel Syndrome ialah sakit perut, kembung, distensi, kembung perut, sembelit atau cirit-birit,mual, kehilangan kawalan usus, rasa ingin ke tandas secara tiba-tiba dan hilang kawalan membuang najis.
Jika anda mengalami simptom-simptom ini secara berterusan, saya sarankan untuk anda segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























