
Sulit
4 tahun
Isi lebih pada bahagian sulit
Saya dapati ada isi lebih pada bahagian sulit. Agak berbiji dan kemerahan. Adakah itu ketuat kelamin atau tidak? Saya sudah ambil dos HPV dan belum berkahwin. Kadang-kadang rasa sakit di bahagian itu. Tolong jawab.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya maklumat yang anda berikan adalah terhad. Selain itu, terutama sekali untuk masalah kulit, sangat penting untuk doktor melihat sendiri keadaan kulit anda sebelum membuat diagnosis. Oleh itu, pihak kami tidak dapat untuk membuat kesimpulan mengenai masalah anda.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
jangkitan kulat (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
jerawat
Fordyce spots
tindakbalas alahan
jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.