
Sulit
4 tahun
Isteri kencing terasa berdarah selepas seks
isteri saya terasa berdarah selepas seks pertama, boleh tolong jelaskan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria” manakala air kencing berdarah yang boleh dilihat dikenali sebagai “macroscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Kekeliruan darah haid
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.