
Sulit
3 tahun
Isteri mengambil ubat cacing dan mengalami mual dan sakit pada bahagian perut.. kemudian melakukan upt dan kputusannya positif
Isteri saya telah mengambil 2 dos tablet zentel dan selepas itu mengalami mual dan sakit bahagian perut sprti angin… kemudian isteri melakukan upt test dan keputusannya positive… adakah ubat cacing memberi kesan pada bayi?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa isteri anda telah mengambil ubat cacing dan juga sedang hamil. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, ubat cacing seperti albendazole atau mebendazole tidak disarankan kepada wanita yang hamil pada trimester pertama (12 bulan pertama kehamilan)
Penggunaan ubat cacing pada trimester pertama kehamilan boleh menyebabkan komplikasi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut.
Disebabkan isteri anda telah mengambil ubat cacing sewaktu hamil anda perlu rujuk doktor dengan segera.
Jika anda inginkan kepastian dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.