
Sulit
4 tahun
Isteri Pitam ketika iron baju
Isteri berumur 40 thn. Sebelum ini sihat.
Mendapat berita yang tidak gembira semalam.
Pagi tidum hanya minum air lemon dan madu secawan. Ketika sy keluar dari bilik, sy lihat dia terbaring atas lantai. Bila sy kejutkan dia utk tidur di atas sofa dia mcm terkejut dan menggelatar. Sempat bgtau dia rasa nk pitam…then terus terbaring balik dan seketika mcm menggeletar dlm 4-5 saat…Sy gosok jer tpk tgn dan tgn dia…angkat dan baring kan di aras tilam. Pernafasan normal. Nadi sy check normal.Apa perlu sy buat lagi? Perlu hantar ke klinik utk rawatan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pitam yang isteri anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Dehidrasi (kurang minum air) yang menyebabkan tekanan darah rendah
- Kurang gula - juga boleh menyebabkan pengsan
- Masalah ritma jantung - boleh menyebabkan pengsan akibat tekanan darah rendah
- Masalah otak seperti sawan akibat kurang vitamin, kurang aliran darah, jangkitan kuman atau tekanan dari cecair otak
Anda disarankan untuk membawa isteri anda ke klinik atau hospital bagi pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca kepada masalah ini. Sekian