
Sulit
4 tahun
Istiadah atau uzur kalau keluar darah hari Ni?
Saya nak bertanya… Kalau haritu saya datang haid 2/7 dan datang pulak dalam 15/7 kira dlm tempoh 15hari… Pahtu harini datang pulak… kira haid kee takk?? Sbb saya ada baca kalau datang 2 3 hari sebelum tempoh pun dikira haid jugak…
Ke macam mana?? lingkungan 17/7

4 tahun
Terima kasih atas soalan puan.
Sebenarnya, maksud istilah istihadah (“abnormal uterine bleeding”) ini merujuk kepada pendarahan dari faraj di luar waktu kitaran haid normal ataupun pendarahan nifas (“lochia”) selepas bersalin. . Punca isithadah ini boleh disebabkan oleh masalah hormon yang mengakibatkan pendarahan secara tidak stabil atau masalah fizikal contohnya ketumbuhan dari dalam rahim yang mengganggu pembentukan dinding rahim.
Pada pendapat saya, puan haruslah berjumpa dengan doktor sekiranya belum berbuat sedemikian. Masalah istihadah boleh mempunyai pelbagai punca dan disarankan mendapatkan siasatan agar mempermudahkan rawatan lanjut. Selain daripada masalah sistem reproduktif, istihadah boleh disebabkan oleh faktor penyakit kronik seperti kencing manis, barah dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin menasihati puan untuk berjumpa dengan doktor sebelum berlakunya sebarang komplikasi. Contoh komplikasi misalnya anemia (kurang darah) akibat kehilangan darah yang berterusan. Tambahan pula, saya mencadangkan puan untuk menjalankan pemeriksaan Pap Smear iaitu sejenis ujian untuk kanser pangkal rahim.
Apa Itu Istihadah
Istihadah bermaksud pendarahan wanita yang tidak normal apabila berlaku di luar tempoh kitaran haid ataupun dari segi kuantiti pendarahan . Pendarahan jenis ini berpunca daripada organ rahim dan bukannya dari pundi kencing atau kecederaan pada bahagian kemaluan untuk digelar sebagai istihadah. Masalah istihadah ini merupakan sesuatu gejala dan bukannya punca penyakit.
Gejala istihadah adalah seperti berikut:
Pendarahan yang tidak menentu . Pendarahan yang berlaku secara rambang dan tidak mengikut kitaran haid.
Pendarahan yang terlalu kerap atau berterusan. Pendarahan yang berlaku kurang daripada 21 hari selepas kitaran haid terakhir digelar “polymenorrhea” dalam istilah perubatan.
Pendarahan dalam kuantiti yang melampau banyak . Biasanya, dalam satu kitaran haid jumlah darah yang dikeluarkan adalah 10 ml hingga 80 ml sahaja dan tidak melebihi 7 hari. Sekiranya pendarahan melebihi 80ml ataupun 7 hari dikenali sebagai “menorrhagia.” Sebagai contoh, pendarahan melebihi 80 ml juga boleh disamakan dengan sehelai tuala wanita yang penuh dalam masa satu jam.
Kami memahami kebimbangan anda berkenaan dengan masalah haid keluar dengan tidak menentu. Untuk pengetahuan anda, berjumpa dengan doktor untuk membincangkan maslah ini merupakan langkah terbaik bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Namun begitu, haid yang lewat masih boleh dikira normal. Anggaran kitaran haid yang normal ialah 21-35 hari. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) yang arif tentang masalah berkaitan sistem reproduktif wanita. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat panel pakar ginekologi kami melalui link ini (specialist booking) secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.