Sulit
2 tahun
Istihadoh , hormon , priod
Salam doctor. Saya berumur 24 tahun. Saya baru lpas bersalin 9 bulan. Kitatan haid saya selalu normal. 2 hari lepas saya ada keluar darah, darah cair , tidak berbau sperti darah haid . Saya agak risau , kerana saya tak pernah mengalami nya sebelum ini. Dan saya agak pelik darah tu bila saya cek guna kapas ada , tapi tak keluar semasa pakai pad . Boleh doc bg pencerahan ? Sebab kalau ikot kitaran haid sudah lepas waktu haid .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang anda alami. Kami akan cuba untuk memberikan pencerahan mengenai hal ini kepada anda.
Secara umum, masalah sedemikian boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih