
Sulit
3 tahun
Istilah parut atau ketumbuhan (di hati) adalah sama atau berbeza?
Saya wanita berumur 27tahun telah menjalani ultrasound kerana terdapat simptom batu dalam hempedu. Walaubagaimanapun, selepas menjalani ultrasound tiada batu ditemui di hempedu mahupun buah pinggang saya tetapi terdapat ketumbuhan di hati. Ujian darah juga telah dijalankan dan tahap AFP saya normal. Saya masih musykil kerana terdapat dua istilah yang digunakan oleh doktor semasa saya follow up di klinik pakar. Doktor pertama menggunakan istilah “ketumbuhan” manakala doktor kedua menggunakan istilah parut". Adakah dua2 istilah ini merujuk perkara yang sama, atau dua perkara yang berbeza? Apakah perkara yang saya perlu ambil perhatian atau perlu tahu untuk dibincangkan bersama doktor pada follow up akan datang? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan terangan anda, anda pernah menjalani imbasan ultrasound dan tertunjuk mempunyai sesuatu di hati anda, dan tahap AFP adalah normal. Untuk maklumat anda, istilah ketumbuhan digunakan semasa sesuatu bayangan ternampak dalam hati sebab kami tidak dapat menentukan punca penyebab bayangan tertentu melalui imbasan ultrasound.
Namun, tahap AFP anda adalah normal, menunjukkan mungkinnya parut terjadi di hati anda selain dari ketumbuhan, kerana biasanya AFP akan naik jika ketumbuhan terjadi di hati. Anda boleh minta penjelasan daripada doktor anda masa follow up, sebab perkara ini boleh dibezakan melalui sesetengah penyelidikan lebih lanjut jika dijalani.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.