
Sulit
4 tahun
Isu kesihatan mental
Salam. Saya wanita 20an. Saya mengalami masalah sukar mendapatkam tidur yang lena. Saya keletihan. Setiap malam bila bersendirian saya akan rasa sedih dan merasakan saya manusia tak berguna untuk sesiapa. Saya perasan berat badan saya menurun. Saya tidak berminat melakukan lagi perkara yang dahulunya saya sangat suka. Mood saya senang berubah. Kerap menjadi seorang yang pemarah walaupun hal kecik. Saya lebih suka menyindiri bila ada peluang. Saya pernah menlarikan diri dan mencederakan diri saya sendiri. Apa yang patut saya buat? Saya buntu. Setiap kali saya jadi begini saya akan fikir untuk bunuh diri sebab saya fikir orang sekeliling saya lebih bahagia tanpa saya. Ada masa benda ni datang dan ada masa² lain yang saya bahagia. Ceria. Saya perlukan penjelasan. Terima kasih dr.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala sukar untuk tidur, keletihan berpanjangan, sidah ketika bersendirian dan mencederakan diri sendiri merupakan salah satu dari beberapa gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri dengan situasi baru
- gangguan kestabilan emosi fasa depresi
- gangguan mental organik
- dll.
Buat masa ini, saya amat menyarankan agar anda berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan emosi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.