
Sulit
3 tahun
IUCD dan tempoh period berlanjutan
Saya period 14 May 2021 biasanya 19 May dah berenti. Tapi hari tersebut 19 May sy insert IUCD utk merancang, saya diberitahu bahawa iucd sy tiada hormon, hanya copper…period berlanjutan daripada sedikit warna coklat cair2 kepada fresh blood sehingga ke hari ini, smalam sy berasa sengugut dan seperti rotation yg seterusnya… kurang pasti pengiraan period cycle yg betul2 tepat dengan sy biasa 28 hari bukan? Berapa lama anggaran masalah ini atau perlu sy keluarkan semula IUCD? Saya tidak pernah mengalami period berpanjangan seperti ini.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda terhadap gejala haid yang berpanjangan yang disertai gejala perdarahan segar, sehingga ke hari ini yang disertai gejala senggugut. Anda juga ingin mengetahui sekiranya ia berhubungkait dengan pemakaian IUCD. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh:
- kesan sampingan terhadap pemakaian IUCD. Memandangkan anda baru memasangnya, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor sakit puan anda tentang keperluan menggantikan alat ini atau tidak.
- ketidakstabilan hormon dalam tubuh
- kesan sampingan ubat-ubatan
Namun begitu, gejala tersebut boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan kelamin
- endometriosis
Oleh itu, sila rujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk konsultasi lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.