
kingraj
3 tahun
ivermectin boleh cegah covid ke?
Salam dokter. Saya nak tanya betul ke ivermectin ni boleh bantu dalam cegah atau rawat penyakit covid ni? Saya ada baca message yg fwd dekat watsap tapi ragu2 lagi. Betul ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keraguan anda mengenai keberkesanan ivermectin dalam mencegah dan merawat COVID-19. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda serba sedikit mengenai ubat tersebut.
Ivermectin merupakan ubat anti-parasit dan penggunaannya di dalam rawatan COVID-19 masih lagi di dalam peringkat ujian klinikal dan pesakit dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman dan masih tidak terdapat mana-mana data atau bukti yang kukuh mengenai keberkesanan ivermectin dalam merawat COVID-19. Buat masa ini, COVID-19 boleh dicegah menggunakan vaksin dan juga mengamalkan pemakaian pelitup muka, membasuh tangan dan elakkan daripada pergi ke tempat-tempat yang padat dengan orang untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Selain itu, kami juga sarankan anda agar tidak mudah terpengaruh terhadap sebarang mesej atau khabar angin mengenai COVID-19. Sekiranya anda mempunyai sebarang gejala atau mengesyaki anda dijangkiti COVID-19, hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini