
Sulit
4 tahun
Jahitan bersalin forceps terbuka dan berbau
Saya wanita 20an dan baru lepas bersalin anak pertama.saya mengalami jahitan bersalin yang banyak. Lepas seminggu, jahitan saya terbuka dan berbau di bahagian tersebut. Adakah itu membahayakan? Dan bagaimana cara untuk atasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Selepas bersalin, doktor akan menutup bahagian luka perineum dengan jahitan. Jahitan akan hilang dengan sendirinya dalam 1 - 2 minggu, jadi jahitan tersebut tidak perlu dikeluarkan. Anda mungkin melihat sisa jahitan pada pembalut atau pad semasa anda pergi ke tandas. Ini adalah normal.
Anda harus berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda tanda jangkitan kuman. Anda juga harus berjumpa doktor sekiranya jahitan terputus, atau longgar. Antara tanda-tanda luka jahitan anda dijangkiti kuman :
- bengkak.
- kemerahan di sekitar luka.
- nanah atau pendarahan dari luka.
- luka terasa panas.
- bau yang tidak menyenangkan dari luka.
- Sakit yang keterlaluan.
- suhu tinggi.
- kelenjar bengkak.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih