
rohhani1996
5 tahun
Jahitan bersalin secar normal terbukak
Saya wanita berumur 23thn , Saya ingin bertanyakan soalan , Saya bersalin secara normal dan jahitan dibawah saya terbukak sedikit dan keluar benang kamudian ada bau yg kurang menyenangkan , Ada cecair kekuningan bercampur coklat , Dan ada sedikit benang ditempat jahitan saya dkt tempat kemaluan saya , saya pergi berjumpa doctor , Doctor cakap normal ?? Tapi saya pelik jahitan tu rasa ngiluu sgt , Adakah itu normal ???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair kekuningan dan berwarna coklat serta bau yang tidak menyenangkan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Jangkitan kulat ditempat jahitan terbuka seperti kandidiasis
- Jangkitan kuman ditempat jahitan
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti kesukaran buang air kecil, pedih/sakit, demam dan gejala diatas berpanjangan, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.