
naqiah90_yusoff
6 tahun
Jangka masa period tidak teratur
Saya wanita berumur 28tahun dan belum berkahwin.sy nak tnya sejak awal tahun ni jangka masa period sy tidak teratur iaitu lebih 10 hari.bru2 ni sy period dan hari ke 8 sy dah blh mandi wajib tp hari ke 10 darah period tba2 kluar lagi tp tak la sebanyak hari pertama period cuma kluar kehitam hitaman. Perlu ke sy buat check up di hospital utk scan ultra sound?mohon doc bantu.trima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami haid yang banyak, panjang serta tidak teratur. Keadaan haid banyak atau berlebihan dikenali sebagai menorrhagia. Terdapat beberapa penyebab masalah ini, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Daripada keterangan yang anda berikan, terdapat kemungkinan masalah ini berkait dengan cyst tersebut. Namun kemungkinan punca lain perlu juga dipastikan. Untuk makluman anda, ujian pap smear biasanya dilakukan bagi mengesan masalah pada serviks, ujian lain perlu dilakukan bagi menegsan masalah lain dalam rahim.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.