
Sulit
4 tahun
Jangka masa pil perancang selepas makan
Sy ingin bertanya …sy melakukan hubungan pasangan selepas tu makan pil perancang kecemasan kerana lupa untuk mkn pil secara awal ,sy makan 2 pil sekali gus ,berapa lama kesan pil setelah makan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, keberkesanan pil perancang kecemasan adalah bergantung kepada cara pengambilan yang tepat dan betul. Pil perancang kecemasan yang mengandungi hormon progesterone.
Cara pengambilannya adalah sebiji dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan, dan sebiji lagi selepas 12 jam pengambilan dos pertama. Anda tidak disarankan untuk mengambil melebihi dos yang telah dicadangkan bagi mengelak sebarang kesan sampingan.
Untuk makluman anda, pil ini seperti yang dinyatakan mengandungi hormon. Oleh itu, ia boleh mempengaruhi tubuh anda. Antara kesan sampingan yang boleh terjadi akibat pengambilan pil perancang kecemasan adalah:
- Mual dan muntah
- Pening
- Cirit-birit
- Sakit kepala
- Haid terputus-putus (Spotting)
- Sakit pada payudara
- Badan lemah
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan sehingga mengganggu akiviti seharian anda, adalah lebih baik anda merujuk perkara ini kepada doktor. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih